Mohamad Zamri b Mohd Zin

Tuesday, August 17, 2010

Madrasah Ramadhan

Bismillah hi Rahman nir Rahiiiim
Alhamdulillah..segala puji pastinya bagi Allah yang dengan rahimnya menentukan segala kejadian di dunia ini.

Isnin 9 Ogos 2010 (28 syaaban 1431H) saya diminta menjadi pengacara majlis ceramah agama bertajuk "Ramadhan Yang Ku Tunggu". Penceramah hebat Ustaz Mohd Zamri Hashim Timbalan Mufti Negeri Perak. Tempatnya di Auditorium ACC Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Selepas membaca surah Al Baqoroh ayat 183 hg 185..seperti biasa saya membuka majlis dengan melontarkan sedikit persoalan dalam bentuk kiasan pendek. kali ini saya memberikan gambaran kepada audience bagaimana sekiranya Kerajaan menjanjikan bonus 2 bulan gaji dihujung tahun ini, pastinya kita akan menanti bulan november dan disember dengan penuh debaran dan harapan. Itu baru hanya 2 kali ganda gaji bulanan. Namun Ramadhan menjanjikan amalan sunat diberi ganjaran seperti amalan fardhu dan amalan fardhu digandakan ke tahap 70 hingga 700 kali ganda ganjaran. Namun persoalannya mengapa setelah seribu lebih ramadhan kita lalui masih umat Islam tidak mendapat kelebihan tersebut?
Alhamdulillah Sahibul Fadhilah Ustaz Zamri mengulas dengan disertakan persembahan multimedia yang cukup berkesan. Rupa-rupanya kejayaan individu memang dapat dilihat dikalangan umat Islam namun kejayaan secara total dalam konteks jemaah ummat Islam masih jauh untuk digapai disebabkan sikap individualistik para pendukung Islam, para pemimpin ummat Islam dan pengaruh duniawi telah menebal dalam ummat Islam. Falsafah Ramadhan antaranya - Ramadhan itu persaudaraan- hampir tidak dapat dipraktikkan. Individu Islam di negara ini dibentuk mengutamakan dunia pekerjaan yang membelakangkan tuntutan agama. Apa tidaknya masuk kerja pukul lapan. Selepas solat subuh pukul 6 pagi ummat Islam tergesa-gesa bersiap untuk menghantar anak ke sekolah pukul 7. Tiada masa untuk bermesra dengan jemaah surau; lebih malang ada yang tidak ke surau pun. Dlm suasana kelamkabut menghantar anak ke sekolah, jalan sesak, timbul perasaan marah dan mula membenci sesama sendiri, pastinya berbagai perkataan keluar dari mulut kita memaki hamun pemandu lain yang mungkin bersikap kurang ajar bagi kita kerana dia juga nak cepat. Hilang lagi falsafah Ramadhan - Ramadhan itu KESABARAN. Anak2 mendengar dan belajar kata-kata keji dan perbuatan buruk yang kita amalkan. Falsafah Ramadhan - Ramadhan itu KEMULIAAN tidak kita amalkan.
Di tempat kerja kita akan disibukkan dengan urusan kerja yang sepatutnya menjadi ibadah, namun banyak unsur-unsur maksiat yang menyebabkan keadaan sebaliknya akan diperolehi. Wal'iyazubillah hi min zaalik. Bagaimana dikatakan ibadah bila pergaulan tidak dikawal, pakaian yang Muslimnya berpakaian tetapi bertelanjang, yang Non Muslimnya bertelanjang lebih baik dari pakaian yang dipakai. Waktu solat tidak diutamakan kerana mesyuarat tidak boleh dihentikan atau ditangguh seketika (5 minit untuk 4 rakaat). Asar terlewat pukul 6.30 petang kerana jalan jem dan terpaksa menghabiskan masa di Pasar Ramadhan. Kalau dah balik pukul 5, bila nak memasak. Hampir semua masjid menyediakan jamuan berbuka puasa, namun tak ramai yang dapat pergi kerana bersangkut dengan urusan lain; nak ambil anak, isteri nak bersiap semuanya mengambil masa, dah la sampai rumah pun dah dekat pukul 7...lagi pun selama ini tak pernah ke masjid tak kan time buka puasa baru nak ke masjid.
Alhamdulillah tarawih memberikan kita kekuatan dan kerehatan, tapi itu pun lebih kepada keuntungan individu, bagi mereka yang benar2 menghayati Tarawih, bagi yang buat ikut musim dapat letih saja bagi yang ponteng, tak dapat apa2. Habis Tarawih pukul 11 mlm kena cepat2 tidur, esok nak kerja, esok nak sekolah. Bangun sahur pukul 5, makan apa yang ada terus solat Subuh dan rutin kelam kabut berpusing semula.
Bagi yang benar2 istiqomah akan berusaha memasukan elemen ibadah dalam sistem hidup kelam kabut ini. Jaga solat berjemaah-ambil yang wajib aje takut tertinggal miting. Baca Al Quran sendiri2 masa terluang-nak bertadarus susah semuanya sibuk, ramai pulak yang malu nak baca depan kawan2, kalau ada program tadarus pun mula2 je ramai lama2 Tak Dak Terus. Berbuka di masjid atau masak sendiri ala kadar-kesian pulak anak2 nak makan macam-macam, so ke pasar ramadhan cari apa2 yang patut saja, jumpa beli terus balik. Tak ramai individu mampu buat macam ni secara berterusan.
Itulah agaknya Ustaz Zamri menggambarkan kejayaan madrasah ramadhan hanya untuk individu tertentu, namun bukan untuk ummah keseluruhan. Saya bukan jenis yang nak mencari alasan namun itulah realiti kehidupan-metialistik membelakangkan kehendak agama- selagi kuasa pemerintahan dunia di tangan kuffar dan yang sewaktu denganya maka itulah kehidupan dunia ini. Ramadhan yang dinanti tetap seperti tahun2 sebelum ini sekadar berusaha memperbaiki individu namun kejayaan ummat Islam masih jauh untuk digapai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home